Sunday 18 March 2012

Tamadun HWANG HO (2)

Dinasti Chou 
(Tulisan Cina Tradisional: 周朝, pinyin: Zhou Chao)
 
Sistem pemerintahan Dinasti Chou.

* Wilayah- raja-raja dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah itu.

* Ikrar- raja-raja dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

* Lindung- mereka diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.

* Hak- pembesar tempatan diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Pengkhususan pekerjaan masyarakat.

* Tentera- golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing terdiri daripada tentera berkuda dan berjalan kaki.

* Petani- golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentaadbiran berperanan memenuhi keperluan orang atasan.

* Artisan- Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti beak minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.

* Hamba- golongan hamba berfunngsi sebagai tentera paksaan digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

Agama dan kepercayaan masyarakat Tamadun Hwang Ho

    * Animisme- sebahagian masyarakat mengamalkan kepercayaan animisme

    * Politesme- masyarakat Shang mempercayai politisme seperti tuhan syurga, tuhan   bumi, sungai, bukit dan gunung.

* Roh- mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.

* Penilikan- bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan diatas unggun api sehingga timbul rekahan untuk meramalkan dan mentafsir sesuatu kejadian.

Bentuk system tulisan

   * Idea- rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.

   * Ideogram- tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan symbol

   * Gambar- tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.

Sumbangan tamadun Hwang Ho

a* Sistem Politik * 

Monarki- dari segi politik, system pemerintahan berbentuk monarki ditteruskan hingga ke zaman Dinasti Shang.

Maharaja- gelaran raja ditukar kepada maharaja

Mandat- raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandatt dari syurga

Dinasti- amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke-20

b* Sistem Ekonomi *

Pertanian- system pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan meengelakkan banjir.

Teknologi- kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan pertanian.

Batas- petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Besi- petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.

c* Sistem Sosial *

Tulisan- system tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini

Bidang- penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan

Ajar- tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China

Kembang- tulisan terus berkembang dan digunakan oleh orang korea dan jepun

  *  Agama dan Kepercayaan *

Roh- kepercayaan yang masih berkekelan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang

Puja- unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa dengan unsure korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barang peerhiasan

Yin/Yang- konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui meerupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini

Kejadian- orang China percaya bahawa alam semesta dan keejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.

Feng hsui- Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta

Kalender- semasa pemerintahan Shang, system kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari dalam sebulann dan 360 hari setahun

Musim- raja menggunakan calendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai

Harian- amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan atau pengebumian.

Sun Tzu- pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyannya The Art of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa

Urusniaga- pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam pengurusan perniagaan.


No comments:

Post a Comment