Sunday, 18 March 2012

Tamadun HWANG HO (1)

- Terletak di lembah sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning Utara China
- Antara dinasti awal dalam Tamadun Hwang Ho ialah dinasti Hsia yang bermula  pada sekitar tahun 2205-1766S.M ,dinasti Shang sekitar tahun 1766-1050S.M dan juga dinasti Chou dari tahun 1050-256S.M

Proses pembentukan Tamadun Hwang Ho


* Tarik- lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina penempatan


* Banpo- tapak banpo yang berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho


* Aktiviti- penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.


* Bandar- perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah Bandar antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang


* Selatan- semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

Proses pembentukan Negara Kota Tamadun Hwang Ho


* Anyang- petempatan awal berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar-bandar dan Anyang menjadi Negara kota terletak di kawasan tanah tinggi sungai Huan


* Pusat- di Bandar ini terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.


* Tinggal- Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di Bandar.


* Tembok- Anyang dilengkapi dengaan tembok untuk menghaalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang diami oleh petani.

Dinasti Shang 
(Bahasa Cina: 商朝; pinyin: Shāng cháo) atau Dinasti Yin (Bahasa Cina: 殷代; pinyin: Yīn dài)  
Organisasi social masyarakat Dinasti Shang


* Raja- Menduduki lapian teratas diikuti golongan pembesar.


* Petani- golongan yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar Negara kota


 *Artisan- memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai, dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan.


*Tentera- golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.


* Hamba- golongan paling bawah dalam masyarakat Shang.

Sistem pemerintahan Dinasti Shang


* Beraja- system pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja


* Lelaki- pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.


* Wibawa- raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, social dan agama.


* Mandat- mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat dari tuhan


* Sah- raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan agama


* Bantu- raj dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayah.


* Sendiri- golongan bangsawan berhak mewujudkan system dalam tugas pentadbirannya sendiri dalam tugas sepeti pungutan cukai,pertahanan dan undang-undang.


* Zalim- kezaliman raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandate menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou.

No comments:

Post a Comment