Monday 19 March 2012

Isu Lynas: PSC tingkatkan kesedaran orang ramai


IPOH 17 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, penubuhan Jawatan kuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti berhubung isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, merupakan proses penglibatan bersama dengan orang ramai bagi memastikan mereka memahami perkaraitu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata,  jawatankuasa itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib projek itu.

"Ia perlu dilakukan melalui proses penglibatan dengan orang ramai dan bagi mereka (PSC) meneliti semua aspek projek itu terutama factor keselamatan dan sebarang ancaman yang mungkin timbul kepada kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa yang menelan kos RM9 juta, di sini.

Laporan menyebut bahawa Kabinet yang bermesyuarat semalam member lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko keatas keselamatan dan kesihatan.- BERNAMA


No comments:

Post a Comment