Wednesday 28 March 2012

Fiesta Perkahwinan 1Malaysia


MODEL menggayakan pakaian perkahwinan dari pelbagai kaum di Malaysia ketika sidang akhbar 1 Malaysia Wedding Fiesta 2011.

FIESTA Perkahwinan 1Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Julai ini bakal menjadi pusat sehenti produk dan perkhidmatan perkahwinan pelbagai budaya di negara ini.

Timbalan Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Maglin Dennis D’Cruz, berkata fiesta perkahwinan ini sesuai dengan matlamat memperkenalkan ciri masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kini, wujud pelbagai bangsa yang melahirkan budaya campuran unik seperti Cina Han atau Baba Kreole, Cina Peranakan, campuran Arab dan India Muslim.

“Ia menjadikan Malaysia negara yang unik makanannya malah melahirkan konsep perkahwinan dengan memakai pakaian tradisional berlainan bangsa,” katanya.

Fiesta terbabit disokong 32 stesen penyiaran di bawah KPKK dan membabitkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kebudayaan dan Ke senian Negara (JKKN).

Menariknya, sepasang Orang Kurang Upaya (OKU) bakal diraikan dalam pra perkahwinan di Fiesta Perkahwinan 1Malaysia 2011 yang ditaja sepenuhnya penganjur, Exquisite Impression Sdn Bhd.

Fiesta ini memberi peluang orang ramai merancang majlis perkahwinan termasuk rekaan kad, ujian HIV, pemilihan hotel hinggalah pembekal makanan, jurugambar dan ju rumekap membabitkan 300 peserta.

Beberapa acara turut diadakan, antaranya pertunjukan pakaian pengantin pelbagai etnik, pertunjukan fesyen, per sembahan Gamelan, maklumat perundingan, demontrasi Dekorasi Sirih Junjung dan Henna serta bengkel kosmetik.

Fiesta perkahwinan ini diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2011 di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

No comments:

Post a Comment