Monday 19 March 2012

Bangunan MESRA ALAM


Apakah Bangunan Mesra Alam ?
Bangunan mesra alam ialah bangunan yang mempunyai ciri kemampanan dan penjimatan tenaga .Di samping itu, bangunan sebegini juga mesra pengguna. Penghuni bangunan mesra alam boleh menentukan sendiri beberapa perkhidmatan yang disediakan seperti suhu, pencahayaan, pengudaraan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, bangunan mesra alam bukan sahaja mementingkan kesejahteraan alam sekitar tetapi juga kesejahteraan fizikal dan psikologi penghuninya.

 Contoh bangunan yang telah dilukis oleh pakar kejuruteraan. 



Faktor Pembinaan Bangunan Mesra Alam.
Pertumbuhan bandar
Pertumbuhan bandar sering dikaitkan dengan keadaan yang padat dengan bangunan pencakar langit. Bangunan-bangunan yang membentuk hutan konkrit ini mengeluarkan bahang dan pencemaran lain serta kurang selesa bagi manusia. Di kawasan tropika seperti negara kita, bangunan-bangunannya moden dan cantik tetapi tidak efisien. Bangunan sebegini banyak menggunakan tenaga untuk penghawa dingin , pencahayaan, pengagihan air, pengudaraan, pengangkutan dalaman, lanskap dan pelbagai perkhidmatan. Semua ini diperlukan bagi menjadikan bangunan berkenaan selamat dan selesa untuk penghuninya.

Bahan-Bahan Binaan
Penggunaan bahan binaan seperti konkrit, kaca, plastik dan sebagainya juga menyumbang kepada peningkatan haba dan pencemaran kepada persekitaran. Di samping itu, bangunan sebegini boleh mengancam kesihatan penghuninya dengan apa yang dinamakan sebagai Sindrom Bangunan Sakit (Sick-building Syndrome). Terdapatnya banyak bangunan di bandar juga meningkatkan air larian permukaan yang boleh menyebabkan hakisan tanah dan kejadian banjir di kawasan bandar dan sekitarnya.

Pertambahan Penduduk
Penduduk negara dijangka meningkat 40 juta orang dalam masa beberapa dekadsahaja lagi. Bangunan juga akan bertambah. Fenomena ini sudah pasti akan membebankan alam sekitar yang sudah semakin terancam. Menyedari hal ini, para arkitek, jurutera dan mereka yang terlibat dengan pembinaan, merancang untuk mengurangkan masalah ini dengan membina bangunan mesra alam ataupun ‘Bangunan Hijau’ (Green Building).

Ciri-ciri Bangunan Mesra Alam
1. Mempunyai rekabentuk yang membenarkan cahaya semulajadi masuk ke ruangdalamannya. Ini ditambah pula dengan penggunaan panel suria untuk memacu sistem pencahayaan, penyejukan ruang dan pemanasan air. Ciri-ciri ini bukan sahaja akan mengurangkan pencemaran dan penggunaan bahan bakar tetapi juga akan menjimatkan kos penyelanggaraan. 

2.   Rekabentuk yang boleh mengurangkan penggantungan terhadap alat  pendingin hawa. Ini termasuk juga sistem pengudaraan yang berkesan, penggunaan penebat, rekabentuk siling yang tinggi dan membenarkan aliran keluar masuk udara yang baik.

3.   Penggunaan bahan binaan yang kurang menyimpan haba atau memantulkan cahaya seperti konkrit, kaca dan plastik. Di samping itu, penggunaan tekstur, cat dan warna yang kurang menyumbang kepada pencemaran haba dan visual juga digalakkan.

4.   Pemakaian sistem kitar semula pepejal yang cekap dan berkesan bagi mengelakkan pembuangan sisa berkenaan yang menjadi masalah serius di bandar. Penggunaan air hujan sebagai sumber air untuk kegunaan seperti membasuh danmenyiram pokok. Ini boleh dilakukan dengan memasang tangki air yang mengumpulkan air hujan dari bumbung.

5.    Penanaman pokok teduhan di sekitar bangunan didapati dapat mengurangkan beberapa darjah suhu di dalam bangunan. Di samping itu, tumbuhan boleh mengurangkan suhu melalui transpirasi serta dapat menyegarkan minda penghuni. Pada masa yang sama tumbuhan juga boleh menyerap gas karbon dioksida. 




No comments:

Post a Comment