Monday, 19 March 2012

Pembangunan Mampan (1)


Pembangunan mampan juga disebut sebagai pembangunan lestari atau pembangunan seimbang (sustained development). Ia membawa maksud pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang. Kesedaran terhadap kepentingan perancangan alam sekitar atau pembangunan mampan menonjol selepas Persidangan Alam Sekitar anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Stockholm, pada tahun 1972. Konsep pembangunan ini lebih diberi perhatian berikutan penyebaran laporan Brundtland tentang ‘masa depan kita semua’. Pembangunan mampan bukan sahaja memberi kepentingan kepada peningkatan taraf hidup tetapi juga tidak mengganggu keharmonian alam sekitar. Melalui pembangunan mampan bukan sahaja generasi masa kini merasa sejahtera tetapi generasi akan datang akan turut menikmati dan meneruskannya.

Kesimpulannya, alam sekitar dan pembangunan merupakan dua elemen penting yang harus diberi perhatian untuk membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat. Tidak dapat dinafikan pembangunan merupakan kayu pengukur kemajuan sesebuah negara tetapi pembangunan tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar adalah satu usaha yang bakal membawa padah kepada manusia sendiri. Alam sekitar dan pembangunan hendaklah berjalan seiring untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat.


Pembangunan Mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa depan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan keperluan generasi seterusnya.

          Seperti yang kita maklum Agenda Habitat adalah satu Pelan Tindakan Sedunia (Global Plan Of Action) yang mengandungi matlamat, prinsip, komitmen serta strategi ke arah mewujudkan petempatan manusia yang mampan. Agenda tersebut menitikberatkan 2 aspek utama iaitu “Menyediakan tempat perlindungan (Shelter) yang mencukupi untuk semua” dan “ Petempatan manusia yang mampan dalam persekitaran perbandaran”.
         Habitat Agenda is a global call to action at all levels. It addresses two themes of equal global importance “ Adequate Shelter for All” and “Sustainable Human Settlement Development in an Urbanizing World”.           Kerajaan Malaysia menyokong penuh dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Agenda Habitat untuk menyediakan perumahan yang mencukupi untuk semua rakyat. Semua pemajuan perumahan juga akan disediakan dengan kemudahan asas seperti jalanraya, bekalan air dan elektrik selaras dengan konsep Agenda Habitat untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mencapai keseimbangan sosial bagi mencapai hasrat Masyarakat Penyayang, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.

           Penyediaan kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik serta program-program kesihatan di setiap projek perumahan juga telah dapat meningkatkan kesihatan penduduk dan mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit. Dalam RMK8, Kerajaan akan membina sebanyak 40 buah klinik kesihatan di bandar dan luar bandar meliputi pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan perbidanan alternatif; penjagaan selepas pembedahan; perubatan pemulihan penjagaan kesihatan mental berasaskan komuniti; dan pendidikan kesihatan.

           Seperti yang kita maklum, Malaysia telah mengalami kadar urbanisasi yang tinggi kesan dari proses migrasi dari negara luar dan dari penduduk luar bandar ke bandaraya seperti di Kuala Lumpur yang menyediakan peluang pekerjaan yang luas. Ini menyebabkan wujudnya faktor kekurangan tempat tinggal dan kesukaran mendapatkan rumah yang mendorong kepada pembukaan kampung setinggan.

           Kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan dan menghapuskan tapak-tapak setinggan di bandar-bandar yang terdesak seperti di Kuala Lumpur, George Town, Johor Bharu, Ipoh dan Kota Kinabalu bagi mencapai sasaran Setinggan Sifar menjelang tahun 2005. Rumah setinggan ini akan dihapuskan apabila rumah alternatif disediakan kepada golongan setinggan tersebut.

            Kerajaan juga akan memastikan bahawa perancangan dan pembangunan perumahan disediakan berdasarkan konsep penempatan manusia. Ini bermakna pemaju perumahan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan sempurna manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan kemudahan sosial lain seperti pusat rekreasi, dewan serbaguna dan lain-lain kemudahan sosial bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. Agensi-agensi lain seperti Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan Masyarakat juga perlu menyediakan kemudahan sosial yang lain seperti Pusat Rukun Tetangga, Pusat Masyarakat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment