Sunday, 18 March 2012

Apalah nasib warga kita dekat Mesir?



Sebagaimana yang dilaporkan oleh semua saluran berita di dunia tentang krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di Mesir. Seperti yang dimaklumkan oleh Wisma Putra bahawa di Mesir ada seramai 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia. Dari jumlah tersebut ada 500 pelajar sedang belajar di Universiti Al Azhar yang dikatakan terperangkap di kediaman masing-masing dan ini sudah tentulah merisaukan ibu bapa serta keluarga yang ada di Malaysia tentang keselamatan mereka itu.

Para ibubapa serta keluarga di Malaysia sukar berhubung dengan pelajar-pelajar tersebut kerana ada pelajar yang telah kehabisan laluan prabayar telefon bimbit masing-masing dan hubungan melalui talian telefon pula agak terhad manakala pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.Berikutan itu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamalidin mengesa kerajaan supaya melaksanakan pelan kontigensi untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke negara terdekat seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya dalam masa 24 jam bagi mengelakan risiko yang lebih buruk berlaku. Bagi kita cadangan tersebut diterima dan dipercepatkan perlaksanaannya supaya kita tidak mempertaruhkan nyawa saudara mara kita yang sedang ketakutan dan mungkin juga menerima tekanan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab kerana kelonggaran terhadap aspek keselamatan di Mesir sekarang.


No comments:

Post a Comment