Monday, 19 March 2012

Isu Lynas: Sesi penerangan di Kuantan, APRIL ini



SUNGAI PETANI 10 Mac — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan satu sesi penerangan untuk menjelaskan isu kilang memproses nadir bumi Lynas yang dimanipulasi oleh pembangkang pada Program Komuniti 1 Malaysia di Kuantan, bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penerangan bertujuan member gambaran sebenar mengenai projek itu kepada masyarakat setempat serta mematahkan dakwaan pembangkang yang telah membergambaran negative mengenai Lynas. 

"KPKK sedang merancang perhimpunan besar-besaran Program Komuniti 1 Malaysia di Kuantan April ini dengan harapan ribuan rakyat dating untuk mendengar penjelasan kerajaan.  

"Wawancara dengan penduduk di pintu gerbang kawasan binaan Lynas juga akan dibuat agar orang ramai tahu gembar-gembur projek itu memudaratkan kesihatan rakyat tidak berasas,” kata Rais kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini. 

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Pertubuhan Gerak Seni Warisan 1Malaysia, Adnan Abdullah Sabil.

Rais berkata, beberapa pihak khususnya pembangkang dan beberapa NGO berusaha mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut sehingga mengelirukan rakyat.
"Jadi adalah wajar bagi kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat khususnya penduduk Kuantan mengetahui perkara sebenar agar tidak terus terpengaruh dengan pembangkang,” katanya.— BERNAMA


No comments:

Post a Comment