Tuesday, 1 May 2012

Tsunami Di Indonesia



 "Gempa sebesar itu berpotensi menimbulkan tsunami yang boleh membinasakan di sepanjang garis pantai di Samudera Hindia. Namun, belum diketahui apakah saat ini terjadi tsunami atau tidak," demikian peringatan PTWC.

Peringatan tsunami dikeluarkan Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia setelah gempa 8,5 SR menggoncang Aceh, Rabu (11/4/2012) pukul 15.39 WIB.

Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura.

Thailand Sempat Bunyikan Alarm Tsunami di Enam Provinsi


BANGKOK, KOMPAS.com - Gempa Aceh tidak hanya membuat panik masyarakat di Sumatera, tetapi juga warga Singapura, Malaysia, dan Thailand, juga India dan negara-negara di Samudera Hindia.




Pemerintah Thailand membunyikan alarm peringatan tsunami di enam provinsi wilayah negeri gajah itu, menyusul gempa berkekuatan 8,2 magnitude yang berpusat 431 km dari kota Banda Aceh. 

Pemerintah langsung membunyikan alarm tsunami di enam provinsi, Phuket, Krabi, Phangnga, Ranong, Satun, dan Trang. Peringatan untuk siaga ini akhirnya dicabut malam harinya setelah tidak ada laporan kerusakan dan korban jiwa. Namun demikian tsunami kecil 10 cm dilaporkan terjadi di Phangnga. 

Direktur Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand, Samsak Khaosuwan, mencabut peringatan tsunami pada pukul 19.30, Rabu malam.
"Gelombang tertinggi datang dari gempa pertama terekam 10 cm di Ko Miang di Phangnga, disusul kemudian gelombang 30 cm dari gempa kedua," kata Khaosuwan. Ia menambahkan tak ada kerusakan ataupun dampak berarti akibat gempa Aceh. 

"Kami akan menunggu dan mengamati dalam 24 jam berikutnya. Namun warga bisa kembali ke rumah mereka," katanya. 

Pengumuman Somsak Khaosuwan disusul dengan pengumuman PM Thailand Yingluck Shinawatra di TV yang sudah direkam sebelumnya, yang mengimbau masyarakat untuk terus berhati-hati akan gempa susulan. 
Executive Vice President Phuket Fantasia Litti Kewkacha mengatakan, lebih dari 1.000 karyawan direlokasi daro taman hiburan ke lokasi lain milik perusahaan itu yang lebih aman.

"Setelah pengalaman tsunami 2004, kami mempersiapkan lokasi aman bagi karyawan kami, untuk berjaga-jaga," katanya. 

Guncangan gempa dirasakan oleh pekerja kantoran di Bangkok. Gempa bumi dan peringatan tsunami memaksa sejumlah perusahaan menutup lebih awal kantor mereka menyusul laporan soal gedung tinggi yang bergoyang-goyang. Sementara parlemen mempercepat debat mereka.
Dalam gempa Aceh 2004 yang disusul dengan tsunami, sedikitnya 8.200 orang  tewas di Thailand.

CUTI hari pekerja 1 Mei 2012



Termaktub dalam Perlembagaan Negara, 1 Mei ialah hari pengiktirafan sumbangan pekerja di negara ini. Kakitangan awam yang menjadi tonggak pembangunan negara sentiasa di beri perhatian. Tidak kurang pentingnya, kakitangan sektor swasta turut menjadi barisan hadapan yang menyumbang kepada hala tuju ekonomi negara.

Ikuti laporan khas sempena hari pekerja bersama wartawan Khairiyah Hanafi. Mengaplikasikan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan. Jika dahulu kakitangan kerajaan menerima kenaikan gaji sehingga 15 peratus di bawah Sistem Saraan Malaysia.  Kini, lebih 3.2 juta kakitangan swasta dijangka menerima manfaat sama dibawah sistem penyelarasan gaji minimum.

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM / MENTERI SUMBER MANUSIA


Ini ialah selaras dengan satu dasar yg dibuat oleh kerajaan semasa mengumumkan Bajet 2011. PM telah umumkan bahawa dengan mengambil kira beberapa perkara dalam kolum negara kita dan satu kumpulan besar rakyat masih mendapat gaji kecil masa sudah sampai kepada Malaysia untuk umumkan gaji minimum.

Seramai 2.2 juta rakyat Malaysia direkodkan berpendapatan bawah RM1,000 manakala 1.8 juta daripadanya hidup di bawah paras kemiskinan.

Dalam usaha mengatasi masalah itu, pelarasan gaji minimum diharap dapat mengurangkan beban rakyat terutama kakitangan swasta.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2012 VS Kenaikan Harga Barang di Malaysia?


Hari ini awal-awal pagi tadi kalangan kakitangan awam sudah boleh menyemak akaun bank masing-masing untuk kemasukan gaji baru SSM 2012. Dan dengan kenaikan gaji kakitangan awam 2012 ini, tengahari tadi beberapa institusi kewangan sudah mula menjadi tumpuan di kalangan kakitangan awam, melibatkan urusan pinjaman bank….

Bukan semuanya begitu. Yang pastitnya, inilah masanya untuk kakitangan awam struktur semula kewangan mereka dan menggunakan peluang ini untuk menyimpan lebih banyak pendapatan mereka di institusi kewangan yang terpilih, disamping dapat menampung kos sara hidup yang semakin melambung tinggi ketika ini. Dan tidak lupa juga tanggungjawab membayar cukai pendapatan sebelum tarikh akhirnya pada 15 Mei 2012 ini.

Walaubagaimanapun, apa yang ditakuti sekarang ini jika kalangan peniaga mula mengambil kesempatan dek kerana kenaikan gaji kakitangan awam sehingga menyebabkan akhirnya kakitangan swasta dan yang berniaga juga turut menerima tempiasnya. Walaubagaimaanapun, langkah ini boleh dikawal sebenarnya pengutkuasaan yang ada sekarang ini dipertingkatkan lebih awal dan sentiasa konsisten dalam membuat pemantauan daripada masa ke semasa dalam suasana kenaikan gaji kakitangan awam 2012 ketika ini. Dan kerajaan awal-awal sudah pun memberikan jaminan di mana kenaikan harga tidak akan berlaku.

Kerajaan Jamin Kenaikan Harga Barang Tidak Akan Berlaku!!

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga barang ekoran kenaikan gaji kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dari tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah akan dikenakan tindakan.

“Kenaikan gaji tidak ada kaitan dengan kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang bergantung kepada faktor lain, misalnya barang basah seperti ikan dan buah-buahan ianya bergantung kepada faktor cuaca, barang import pula bergantung kepada harga daripada negara luar,” katanya.

“Kami telah menempatkan 1,500 pegawai pemantau harga kita di seluruh negara yang akan sentiasa memantau harga barang selepas PM mengumumkan kenaikan gaji.

“Kita ikut prosedur, mula-mula kita bagi ‘notis tunjuk sebab’, mereka akan jawab selama tujuh hari, kalau berpuas hati dengan jawapan mereka, kementerian tiada masalah. Tetapi jika kita tidak berpuas hati… denda sebanyak RM100,000 akan dikenakan untuk kesalahan kali pertama,” katanya.

Friday, 27 April 2012

Budak Ketagih Judi Dirantai Bapa


Kasihan ada, nak kata padan muka pun ada. Kenapa? Sebab seorang pelajar berusia 13 tahun terpaksa menjadi tontonan orang ramai selama dua jam akibat dirantai oleh bapanya di sebatang pokok kerana ponteng sekolah untuk berjudi.


PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.
Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah.
Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
“Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya.
Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.
Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera. – Sumber: AFP

Rumah Pokok Terbesar di Dunia


Tennessee – Horace Burgess, menghabiskan masa selama 11 tahun untuk membina sebuah rumah di atas pokok setinggi 10 tingkat selepas mendakwa mendapat arahan daripada Tuhan untuk melakukannya.


Rumah berkenaan yang berukuran 10,000 kaki persegi, hanya berharga RM36,000 dengan menggunakan bahan kitar semula.


Pembinaannya meliputi tangga dan balkoni selain dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang.
Ketinggian rumah berkenaan adalah 97 kaki.
“Saya bina rumah ini untuk semua. Ia milik Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita,” kata Burgess

Dalam pada itu, jurugambar,Tom Whettonang mengambil gambar rumah berkenaan berkata, rumah yang dibina di atas pokok itu amat menakjubkan.
“Anda tidak akan menghargainya sehingga anda menjejak kaki ke dalamnya.

“Ia amat besar dan menjadi impian setiap budak-budak. Malah saya sebagai orang dewasa juga mahu masuk ke dalam rumah ini,” katanya.

Rumah ini disokong oleh enam pokok dan ia dibina dengan menggunakan 258,000 paku.


Muhyiddin mahu umat Islam BERSATU


TUMPAT: Masyarakat Islam di negara ini perlu memberi tumpuan kepada perpaduan ummah dengan menghindarkan daripada perbuatan yang membawa kepada perpecahan, kata Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, walaupun wujud pandangan politik yang berbeza tetapi dalam soal agama dan penyatuan ummah perlu diutamakan oleh seluruh masyarakat Islam.

"Peranan tok guru di pondok-pondok amat kita hargai kerana ia penting untuk menyebarluaskan pendidikan agama Islam yang memang menentukan soal perpaduan, yang menentukan hubungan baik dan menentukan pembangunan masa depan umat Islam di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Minda Pondok di Pondok Al Najmiah, Kampung Tebing, Pengkalan Kubor dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengasas Pondok Al Najmiah, Abdullah Saamah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kerajaan Pusat memang sentiasa memberikan keutamaan kepada soal pembangunan umat Islam dengan merangka pelbagai program untuk melihat umat Islam terus maju dan tidak dibelenggu dengan masalah kemiskinan dan masalah masyarakat yang lain.  

"Saya bersetuju dengan apa yang tok guru sebutkan tadi, menerusi pendidikan Islam kita menyedarkan supaya pemimpin dan masyarakat dalam negara ini untuk memberi tumpuan utama menjadikan Malaysia sebuah negara maju, makmur dan rakyat hidup bersatu padu dan jangan sekali-kali ada perbalahan antara semasa kita," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, Kerajaan Pusat akan membantu mencari tapak baru untuk Pondok Al Najmiah dengan pelbagai kemudahan yang akan memberi keselesaan kepada pelajar. 

"Kita nak keadaan pondok yang lebih selamat, saya rasa agak dukacita di mana saya baca berita dalam surat khabar kadang-kadang berlaku kemalangan, ada terbakar hingga menjejaskan anak-anak yang belajar di pondok-pondok, jadi saya tidak mahu melihat keadaan ini berlaku di sini, untuk menjamin keadaan yang lebih baik dan sejahtera, Kerajaan Pusat sanggup membantu untuk memperbaiki Keadaan di pondok ini, katanya. 

Pada majlis tersebut, Muhyiddin mengumumkan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM100,000 kepada setiap lima pondok di Kelantan, bagi membaik pulih pondok masing-masing. – BERNAMA

Montalvo bukan lagi ‘BUDAK PENYU’



BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam.

Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya. Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan. Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.

Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana.

Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan. Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya. Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit. Disebabkan tahi lalat itu terlalu besar, doktor terpaksa menjalankan siri pembedahan yang merangkumi beberapa tahap. 

Kata Bulstrode, kejadian menimpa Montalvo adalah kes paling serius pernah dihadapinya.

“Kira-kira tiga per empat badan budak itu terjejas akibat tanda lahir berkenaan,” katanya. Untuk membolehkan Montalvo membesar seperti kanak-kanak biasa, kata Bulstrode, budak itu perlu melalui sejumlah pembedahan menyakitkan.

“Tapi kami berpendapat, ia memang berbaloi,” katanya. Setakat ini, pakar perubatan belum mengetahui dengan jelas bagaimana tanda lahir seumpama itu boleh berlaku, tetapi ia mungkin membabitkan perubahan sel kulit pada janin akibat mutasi gen. – DM

7,632 peserta AZAM Tani akhiri kemiskinan



Purata pendapatan cecah RM1,500 sebulan
 
SEPANG: Seramai 7,632 peserta AZAM Tani, program mengakhiri zaman miskin bagi golongan miskin dan miskin tegar, berjaya keluar daripada kelompok itu sehingga tahun lalu dengan pendapatan purata mereka kini mencecah RM1,500 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua peserta itu kini memperoleh pendapatan lebih baik dan menikmati kehidupan lebih selesa, hasil sumbangan, latihan dan peluang yang disediakan menerusi program 1AZAM.

Antara contoh kejayaan program itu yang diberikan Najib ialah bagaimana seorang penanam padi di Melaka, Hamzah Husni Mohamad, berjaya meningkatkan pendapatan sehingga RM12,500 bagi semusim padi hasil bantuan kerajaan berbanding pendapatan sekitar RM120 sebulan sebelum itu.

“Beliau tidak berkemampuan untuk terus menanam padi kerana tiada keperluan asas, tetapi selepas menyertai Program AZAM Tani dan berusaha gigih, kini pendapatannya hampir RM12,500 bagi tempoh empat hingga lima bulan atau semusim.

“Banyak lagi kejayaan peserta AZAM Tani lain yang mengusahakan tanaman cili, cendawan, menternak ikan patin, ayam kampung dan pelbagai sayuran lain, yang hari ini memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan dan sudah keluar daripada miskin tegar dan miskin,” katanya pada majlis pelancaran Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 (NBOS 3) Sepang di Jalan Nilai-Lapangan Terbamg Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Projek itu membabitkan tanaman Rockmelon teknologi fertigasi di tapak seluas tiga hektar milik Kementerian Pertahanan, manakala khidmat nasihat kepada 400 peserta AZAM Tani yang terdiri daripada penduduk miskin dan miskin tegar disediakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Perdana Menteri yakin projek NBOS3 Sepang berupaya mengubah taraf hidup peserta, selain menjadi tarikan pelawat dalam dan luar negara bagi sektor agropelancongan.

Program AZAM Tani yang diperkenalkan pada 2010, adalah satu projek di bawah 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mempertingkatkan hidup rakyat berpendapatan rendah yang diterajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.