Tennessee
– Horace Burgess, menghabiskan masa selama 11 tahun untuk membina sebuah rumah
di atas pokok setinggi 10 tingkat selepas mendakwa mendapat arahan daripada
Tuhan untuk melakukannya.
Rumah
berkenaan yang berukuran 10,000 kaki persegi, hanya berharga RM36,000 dengan
menggunakan bahan kitar semula.
Pembinaannya
meliputi tangga dan balkoni selain dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang.
Ketinggian
rumah berkenaan adalah 97 kaki.
“Saya bina rumah ini untuk semua. Ia
milik Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita,” kata Burgess
Dalam
pada itu, jurugambar,Tom Whettonang mengambil gambar rumah berkenaan berkata,
rumah yang dibina di atas pokok itu amat menakjubkan.
“Anda
tidak akan menghargainya sehingga anda menjejak kaki ke dalamnya.
“Ia amat besar dan menjadi impian
setiap budak-budak. Malah saya sebagai orang dewasa juga mahu masuk ke dalam rumah ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment