Hari ini awal-awal pagi tadi kalangan kakitangan awam
sudah boleh menyemak akaun bank masing-masing untuk kemasukan gaji baru SSM
2012. Dan dengan kenaikan gaji kakitangan awam 2012 ini, tengahari tadi
beberapa institusi kewangan sudah mula menjadi tumpuan di kalangan kakitangan
awam, melibatkan urusan pinjaman bank….
Bukan semuanya begitu. Yang pastitnya, inilah masanya
untuk kakitangan awam struktur semula kewangan mereka dan menggunakan peluang
ini untuk menyimpan lebih banyak pendapatan mereka di institusi kewangan yang
terpilih, disamping dapat menampung kos sara hidup yang semakin melambung
tinggi ketika ini. Dan tidak lupa juga tanggungjawab membayar cukai pendapatan
sebelum tarikh akhirnya pada 15 Mei 2012 ini.
Walaubagaimanapun, apa yang ditakuti sekarang ini jika
kalangan peniaga mula mengambil kesempatan dek kerana kenaikan gaji kakitangan
awam sehingga menyebabkan akhirnya kakitangan swasta dan yang berniaga juga turut
menerima tempiasnya. Walaubagaimaanapun, langkah ini boleh dikawal sebenarnya
pengutkuasaan yang ada sekarang ini dipertingkatkan lebih awal dan sentiasa
konsisten dalam membuat pemantauan daripada masa ke semasa dalam suasana
kenaikan gaji kakitangan awam 2012 ketika ini. Dan kerajaan awal-awal sudah pun
memberikan jaminan di mana kenaikan harga tidak akan berlaku.
Kerajaan Jamin Kenaikan Harga Barang Tidak Akan Berlaku!!
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan tiada
kenaikan harga barang ekoran kenaikan gaji kakitangan awam di bawah Sistem
Saraan Malaysia (SSM) dari tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peniaga yang
menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah akan dikenakan tindakan.
“Kenaikan gaji tidak ada kaitan dengan kenaikan harga
barang. Kenaikan harga barang bergantung kepada faktor lain, misalnya barang
basah seperti ikan dan buah-buahan ianya bergantung kepada faktor cuaca, barang
import pula bergantung kepada harga daripada negara luar,” katanya.
“Kami telah menempatkan 1,500 pegawai pemantau harga kita
di seluruh negara yang akan sentiasa memantau harga barang selepas PM mengumumkan
kenaikan gaji.
“Kita ikut prosedur, mula-mula kita bagi ‘notis tunjuk
sebab’, mereka akan jawab selama tujuh hari, kalau berpuas hati dengan jawapan
mereka, kementerian tiada masalah. Tetapi jika kita tidak berpuas hati… denda
sebanyak RM100,000 akan dikenakan untuk kesalahan kali pertama,” katanya.
No comments:
Post a Comment