LONDON: Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP) melebarkan rangkaian kerjasamanya dengan institut antarabangsa dan
terkini dengan Universiti Cambridge, di sini.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berlangsung di Universiti Cambridge hari ini, antara UniMAP yang diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Universiti Cambridge pula oleh Ketua Jabatan Sains Bahan dan Metalurgi, Prof A Lindsay Greer.
Kamarudin yang ditemui selepas majlis
itu, berkata MoU itu bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang bahan dan
metalurgi antara kedua-dua universiti.
"Saya berharap
pelbagai kajian dan penambahbaikan akan dapat dilaksanakan bersama dan secara
tidak langsung memperluaskan jaringan antarabangsa.
“UniMAP akan terus mengenal pasti bidang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama dengan Universiti Cambridge selain bidang penyelidikan,” katanya. – BERNAMA
“UniMAP akan terus mengenal pasti bidang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama dengan Universiti Cambridge selain bidang penyelidikan,” katanya. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment