Purata pendapatan cecah RM1,500 sebulan
SEPANG: Seramai 7,632 peserta AZAM Tani, program mengakhiri zaman miskin bagi
golongan miskin dan miskin tegar, berjaya keluar daripada kelompok itu sehingga
tahun lalu dengan pendapatan purata mereka kini mencecah RM1,500 sebulan.
Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak, berkata semua peserta itu kini memperoleh pendapatan
lebih baik dan menikmati kehidupan lebih selesa, hasil sumbangan, latihan dan
peluang yang disediakan menerusi program 1AZAM.
Antara contoh kejayaan program itu yang diberikan Najib ialah
bagaimana seorang penanam padi di Melaka, Hamzah Husni Mohamad, berjaya
meningkatkan pendapatan sehingga RM12,500 bagi semusim padi hasil bantuan
kerajaan berbanding pendapatan sekitar RM120 sebulan sebelum itu.
“Beliau tidak berkemampuan untuk terus menanam padi kerana tiada keperluan asas, tetapi selepas menyertai Program AZAM Tani dan berusaha gigih, kini pendapatannya hampir RM12,500 bagi tempoh empat hingga lima bulan atau semusim.
“Banyak lagi kejayaan peserta AZAM Tani lain yang mengusahakan tanaman cili, cendawan, menternak ikan patin, ayam kampung dan pelbagai sayuran lain, yang hari ini memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan dan sudah keluar daripada miskin tegar dan miskin,” katanya pada majlis pelancaran Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 (NBOS 3) Sepang di Jalan Nilai-Lapangan Terbamg Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Projek itu membabitkan tanaman Rockmelon teknologi fertigasi di
tapak seluas tiga hektar milik Kementerian Pertahanan, manakala khidmat nasihat
kepada 400 peserta AZAM Tani yang terdiri daripada penduduk miskin dan miskin
tegar disediakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Perdana Menteri yakin projek NBOS3 Sepang berupaya mengubah taraf hidup peserta, selain menjadi tarikan pelawat dalam dan luar negara bagi sektor agropelancongan.
Program AZAM Tani yang diperkenalkan pada 2010, adalah satu projek di bawah 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mempertingkatkan hidup rakyat berpendapatan rendah yang diterajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

No comments:
Post a Comment