Termaktub dalam Perlembagaan Negara, 1 Mei ialah hari pengiktirafan sumbangan pekerja di negara ini. Kakitangan awam yang menjadi tonggak pembangunan negara sentiasa di beri perhatian. Tidak kurang pentingnya, kakitangan sektor swasta turut menjadi barisan hadapan yang menyumbang kepada hala tuju ekonomi negara.
Ikuti laporan khas sempena hari pekerja bersama wartawan
Khairiyah Hanafi. Mengaplikasikan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan,
pencapaian di utamakan. Jika dahulu kakitangan kerajaan menerima kenaikan gaji
sehingga 15 peratus di bawah Sistem Saraan Malaysia. Kini, lebih 3.2 juta kakitangan swasta
dijangka menerima manfaat sama dibawah sistem penyelarasan gaji minimum.
DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM / MENTERI SUMBER MANUSIA
Ini ialah selaras dengan satu dasar yg dibuat oleh kerajaan
semasa mengumumkan Bajet 2011. PM telah umumkan bahawa dengan mengambil kira
beberapa perkara dalam kolum negara kita dan satu kumpulan besar rakyat masih
mendapat gaji kecil masa sudah sampai kepada Malaysia untuk umumkan gaji
minimum.
Seramai 2.2 juta rakyat Malaysia direkodkan berpendapatan
bawah RM1,000 manakala 1.8 juta daripadanya hidup di bawah paras kemiskinan.
Dalam usaha mengatasi masalah itu, pelarasan gaji minimum
diharap dapat mengurangkan beban rakyat terutama kakitangan swasta.
No comments:
Post a Comment