BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi
lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan
membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam.
Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir
dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital
Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya. Bagaimanapun,
disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal
mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang
tahi lalat berkenaan. Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga
Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.
Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan. Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya. Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit. Disebabkan tahi lalat itu terlalu besar, doktor terpaksa menjalankan siri pembedahan yang merangkumi beberapa tahap.
Kata Bulstrode, kejadian menimpa Montalvo adalah
kes paling serius pernah dihadapinya.
“Kira-kira tiga per empat badan budak itu terjejas
akibat tanda lahir berkenaan,” katanya. Untuk membolehkan Montalvo membesar
seperti kanak-kanak biasa, kata Bulstrode, budak itu perlu melalui sejumlah
pembedahan menyakitkan.
“Tapi kami berpendapat, ia memang berbaloi,”
katanya. Setakat ini, pakar perubatan belum mengetahui dengan jelas bagaimana
tanda lahir seumpama itu boleh berlaku, tetapi ia mungkin membabitkan perubahan
sel kulit pada janin akibat mutasi gen. – DM
The best casinos in the USA - JS Hub
ReplyDeleteBest casinos in the USA · LuckyLand Casino, 포항 출장샵 Atlantic City, New Jersey · BetMGM Casino, 세종특별자치 출장안마 Las Vegas, Nevada 전라남도 출장마사지 · FanDuel Casino, Atlantic City, Nevada · 성남 출장마사지 888 충청남도 출장샵 Casino,