Friday 30 March 2012

Menyatupadukan Rakyat Melalui Konsep Satu Malaysia

Melalui slogan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’, konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah banyak diperkatakan dan dibahaskan.Banyak juga tafsiran dibuat. Tidak kurang ilham yang disuarakan oleh Perdana Menteri ini ditafsir dengan cara yang salah, kononnya bakal menguggat hak dan keistimewaan orang-orang Melayu dan golongan Bumiputera.

Secara umumnya, gagasan Satu Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020.Satu Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat – paling penting bagi memastikan tiada rakyat di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan. Malah setiap rakyat sama ada daripada kelompok kecil atau besar tidak akan dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan sama rata.


Gagasan ini juga bertujuan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang kuat dan maju tetapi juga menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup bersatu padu sebagai satu bangsa. Melalui gagasan Satu Malaysia ini, rakyat pelbagai kaum, agama dan latar hidup disatukan bagi melahirkan satu bangsa dengan satu impian sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, gagasan Satu Malaysia ini wajar disokong dan didokong oleh semua pihak.Walaupun ada pihak yang mempertikaikan dan mentafsirkan gagasan ini sebagai bakal menghakis hak dan kesitimewaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lainnya, pandangan cetek begini perlu disangkal.Apa yang jelas, gagasan Satu Malaysia ini masih berlandaskan atau berpaksikan kepada Perlembagaan dengan memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.

Jika diperhalusi ke semua lapan nilai dalam konsep Satu Malaysia ini iaitu, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, integriti dan pendidikan, sememangnya bertepatan dengan hala tuju negara pada ketika ini. 


1. Budaya Kecemerlangan
Y.A.B. Perdana Menteri percaya bahawa demi mengubah Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian lebih tinggi, Budaya Kecemerlangan amat perlu dalam diri setiap manusia. Ini kerana jika seseorang mempunyai satu set nilai-nilai yang mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.Secara dasar, ia merupakan satu usaha berterusan. Namun seseorang perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, seseorang itu akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.

a) Aspek-aspek Budaya Kecemerlangan
Sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan merupakan satu salah satu nilai dalam Budaya Kecemerlangan.Ketepatan pengukuran, menguruskan masa, jadual penyampaian, dari segi kualiti amatlah penting. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk dan perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.


b) Tentang Mempelajari Budaya Kecemerlangan
Beliau juga turut menceritakan pengalaman bersama dengan arwah ayahanda yang disifatkan sebagai seorang ahli motivasi.Tetapi secara halus, bapanya menerapkan dalam jiwa beliau satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah bapanya menyediakan satu skim ganjaran, iaitu sejumlah wang yang kecil yang akan dihadiahkan jika berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Menurutnya bukan ganjaran wang yang menjadi ukuran tetapi kegembiraan apabila menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan jika tidak berjaya.Itulah titik tolak dalam hidupnya untuk menyedari betapa pentingnya kejayaan dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.

2. Ketabahan
Seseorang itu akan berjaya menghadapi rintangan dan dugaan sekiranya beliau kerja keras, berdedikasi, dan tabah menghadapinya serta perlu menghargai dan memahami waktu semasa menghadapi kesukaran tersebut. Begitu jugalah Malaysia yang berhadapan dengan berbagai krisis seperti krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun apa jua keadaan kita akan berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut.

Ketabahan mengharungi perubahan peribadi
Y.A.B. Perdana Menteri turut menceritakan bahawa di sepanjang kehidupannya, beliau sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana tidak mahu orang lain memandang kepadanya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ". Beliau merasakan ada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana perlu sentiasa membuktikan bahawa beliau wajar mendapat semua itu. Malah beliau sentiasa menyedari bahawa perlu menunjukkan kemampuannya dalam melakukan sesuatu perkara dengan baik.Contohnya semasa beliau menghadapi kekecewaan politik di kawasannya sendiri iaitu pada 1999, apabila hanya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.

Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi beliau akan menjadi sejarah, dan sebahagian daripada mereka mencadangkannya supaya bertukar kawasan. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya untuk kekal dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun akan terus berjuang. Y.A.B. Perdana Menteri berazam untuk membuktikannya dan dalam jangka masa 4 tahun, beliau menang majoriti besar berjumlah 22,922.Manakala pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila meraih 26,464.Apabila mengalami kekecewaan tersebut, beliau menyedari perlunya melakukan lebih lagi apabila beliau perlu melakukan sesuatu dengan pendekatan yang lebih kreatif serta berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.

3. Rendah Hati
Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri.Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati.Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk.Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Dengan memberikan contoh ketika bertugas sebagai ahli parlimen, jika berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasannya, beliau akan memastikan tingkah lakunya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalahertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar, ada kalanya perlulah menunjukkan kekuatan dan keyakinan kerana apabila dilihat seperti rendah diri akan dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Beliau menyatakan seseorang itu mestilah menyedari bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila berurusan dengan dunia luar perlulah memperlihatkan kekuatan dan kejayaan, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.

4. Penerimaan
a) Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi
Y.A.B. Perdana Menteri berasakan terdapat perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan.Apabila menyebut toleransi, kita tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana tiada pilihan. Tetapi jika bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada beliau adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan.Penerimaan bermaksud bersedia untuk menerima sebarang perkara dan sekiranya sanggup menerima sebarang perkara dengan kerelaan, maka beliau berasakan untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.

Padanya, itu adalah penting kerana seseorang tidak lagi merasa terbeban dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu melihat kemampuan terbaik yang boleh diberikan. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada semua bangsa sama ada Melayu, Cina, India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.

b) Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan
Belia berpendapat perlunya memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen. Sebagai contoh, apabila bercakap tentang membantu golongan miskin, bantuan tersebut mestilah diberikan kepada semua golongan masyarakat.Maka semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada seperti sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, menunjukkan tiada had yang ditentukan kerana latar belakang etnik seseorang tetapi berdasarkan keupayaan peribadi sendiri.

5) Kesetiaan
Pada beliau kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting.Beliau juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga membuta tuli.Padanya di dalam perkhidmatan kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin.Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu komited kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Beliau akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina dan kritikan yang diperlukan. Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan.

Pada beliau kesetiaan yang membuta tuli adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.

6) Meritokrasi
Prinsip meritokrasi tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik.Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas.Namun pada dasarnya, meritokrasi merupakan satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat.Satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritokrasi. Jika penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Pada beliau setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, beliau mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritokrasi ini, pada beliau ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi Malaysia.

Tentang langkah Kerajaan ke arah meningkatkan meritokrasi
Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritokrasi. Misalnya dalam pemerolehan, Kerajaan sewajarnya memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerajaan berpeluang memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan. Pada masa ini lebih baik mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang hendak diswastakan dan membukanya untuk pembidaan.Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan.

7) Pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan.Sepanjang sejarah, hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud berbanding dengan sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak mampu bertahan.Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan dengan nilai.Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai.Sebagai contoh, budaya membaca. Budaya membaca, sama ada melalui buku atau pun internet, akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara.Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan.Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.

8) Integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.Cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat.Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul. Jika polisi tersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka, begini… “kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu memperbetulkan kesilapan ini”.

Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.
Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda.Jika anda berjanji, tunaikan.Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji.Jika anda menjanjikan sesuatu, mestilah berpegang pada janji dan menunaikannya.

Wednesday 28 March 2012

Fiesta Perkahwinan 1Malaysia


MODEL menggayakan pakaian perkahwinan dari pelbagai kaum di Malaysia ketika sidang akhbar 1 Malaysia Wedding Fiesta 2011.

FIESTA Perkahwinan 1Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Julai ini bakal menjadi pusat sehenti produk dan perkhidmatan perkahwinan pelbagai budaya di negara ini.

Timbalan Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Maglin Dennis D’Cruz, berkata fiesta perkahwinan ini sesuai dengan matlamat memperkenalkan ciri masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kini, wujud pelbagai bangsa yang melahirkan budaya campuran unik seperti Cina Han atau Baba Kreole, Cina Peranakan, campuran Arab dan India Muslim.

“Ia menjadikan Malaysia negara yang unik makanannya malah melahirkan konsep perkahwinan dengan memakai pakaian tradisional berlainan bangsa,” katanya.

Fiesta terbabit disokong 32 stesen penyiaran di bawah KPKK dan membabitkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kebudayaan dan Ke senian Negara (JKKN).

Menariknya, sepasang Orang Kurang Upaya (OKU) bakal diraikan dalam pra perkahwinan di Fiesta Perkahwinan 1Malaysia 2011 yang ditaja sepenuhnya penganjur, Exquisite Impression Sdn Bhd.

Fiesta ini memberi peluang orang ramai merancang majlis perkahwinan termasuk rekaan kad, ujian HIV, pemilihan hotel hinggalah pembekal makanan, jurugambar dan ju rumekap membabitkan 300 peserta.

Beberapa acara turut diadakan, antaranya pertunjukan pakaian pengantin pelbagai etnik, pertunjukan fesyen, per sembahan Gamelan, maklumat perundingan, demontrasi Dekorasi Sirih Junjung dan Henna serta bengkel kosmetik.

Fiesta perkahwinan ini diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2011 di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Malaysia Tempat Ke-38 Kes Rogol di Dunia


Data ini diambil di Nationmaster.com kes rogol di seluruh dunia. Maksudnya Malaysia masih lemah dalam menangani kes-kes rogol yang berlaku dalam negara kita. Mungkin sebagai sebuah negara beragama yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan.

0.0505156 per 1,000 people bermakna dalam 1juta rakyat malaysia 50 – 51 orang yang dirogol dicatatkan.
Rank
Countries
Amount
# 1
South Africa:
1.19538 per 1,000 people

# 2
Seychelles:
0.788294 per 1,000 people

# 3
Australia:
0.777999 per 1,000 people

# 4
Montserrat:
0.749384 per 1,000 people

# 5
Canada:
0.733089 per 1,000 people

# 6
Jamaica:
0.476608 per 1,000 people

# 7
Zimbabwe:
0.457775 per 1,000 people

# 8
Dominica:
0.34768 per 1,000 people

# 9
United States:
0.301318 per 1,000 people

# 10
Iceland:
0.246009 per 1,000 people

# 11
Papua New Guinea:
0.233544 per 1,000 people

# 12
New Zealand:
0.213383 per 1,000 people

# 13
United Kingdom:
0.142172 per 1,000 people

# 14
Spain:
0.140403 per 1,000 people

# 15
France:
0.139442 per 1,000 people

# 16
Korea, South:
0.12621 per 1,000 people

# 17
Mexico:
0.122981 per 1,000 people

# 18
Norway:
0.120836 per 1,000 people

# 19
Costa Rica:
0.118277 per 1,000 people

# 20
Venezuela:
0.115507 per 1,000 people

# 21
Finland:
0.110856 per 1,000 people

# 22
Netherlands:
0.100445 per 1,000 people

# 23
Denmark:
0.0914948 per 1,000 people

# 24
Germany:
0.0909731 per 1,000 people

# 25
Bulgaria:
0.0795973 per 1,000 people

# 26
Chile:
0.0782179 per 1,000 people

# 27
Thailand:
0.0626305 per 1,000 people

# 28
Kyrgyzstan:
0.0623785 per 1,000 people

# 29
Poland:
0.062218 per 1,000 people

# 30
Sri Lanka:
0.0599053 per 1,000 people

# 31
Hungary:
0.0588588 per 1,000 people

# 32
Estonia:
0.0547637 per 1,000 people

# 33
Ireland:
0.0542829 per 1,000 people

# 34
Switzerland:
0.0539458 per 1,000 people

# 35
Belarus:
0.0514563 per 1,000 people

# 36
Uruguay:
0.0512295 per 1,000 people

# 37
Lithuania:
0.0508757 per 1,000 people

# 38
Malaysia:
0.0505156 per 1,000 people

# 39
Romania:
0.0497089 per 1,000 people

# 40
Czech Republic:
0.0488234 per 1,000 people

# 41
Russia:
0.0486543 per 1,000 people

# 42
Latvia:
0.0454148 per 1,000 people

# 43
Moldova:
0.0448934 per 1,000 people

# 44
Colombia:
0.0433254 per 1,000 people

# 45
Slovenia:
0.0427648 per 1,000 people

# 46
Italy:
0.0402045 per 1,000 people

# 47
Portugal:
0.0364376 per 1,000 people

# 48
Tunisia:
0.0331514 per 1,000 people

# 49
Zambia:
0.0266383 per 1,000 people

# 50
Ukraine:
0.0244909 per 1,000 people

# 51
Slovakia:
0.0237525 per 1,000 people

# 52
Mauritius:
0.0219334 per 1,000 people

# 53
Turkey:
0.0180876 per 1,000 people

# 54
Japan:
0.017737 per 1,000 people

# 55
Hong Kong:
0.0150746 per 1,000 people

# 56
India:
0.0143187 per 1,000 people

# 57
Qatar:
0.0139042 per 1,000 people

# 58
Macedonia, The Former Yugoslav Republic of:
0.0132029 per 1,000 people

# 59
Greece:
0.0106862 per 1,000 people

# 60
Georgia:
0.0100492 per 1,000 people

# 61
Armenia:
0.00938652 per 1,000 people

# 62
Indonesia:
0.00567003 per 1,000 people

# 63
Yemen:
0.0038597 per 1,000 people

# 64
Azerbaijan:
0.00379171 per 1,000 people

# 65
Saudi Arabia:
0.00329321 per 1,000 people


Weighted average:
0.1 per 1,000 people